Tazkirah

Tuan Guru Haji Salleh Bin Haji Musa berkata :
" Yang penting bagi setiap insan itu 3 perkara : 
1. Mengenal Allah yang mencipta kita 
2. Mengenal mudharat dan manfaat
3. Mengenal hal keadaan kita selepas mati " 


Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Bin Haji Nik Mat berkata : 
" Marilah kita gunakan usia yang masih berbaki ini untuk mentaati Allah.Usia kita ini tiadak lama sekejap sahaja.Setiap hari kita semua sedang dalam perjalanan menuju untuk bertemu Allah.Nyawa kita diumpamakan api pelita yang pada bila-bila masa sahaja boleh terpadam." 

Imam Hassan Al-Basri berkata :
" Akan diperlihatkan kepada anak Adam akan umurnya yang dia lalui di dunia, maka setiap waktu yang berlalu sia-sia akan mendatangkan penyesalan yang berpanjangan bagi dirinya." 

Saiyidina Ali Bin Abi Talib R.A berkata :
" 1. Dari sekian banyak nikmat dunia cukuplah Islam sebagai nikmat bagimu." 
" 2. Dari sekian banyak kesibukan cukuplah ketaatan sebagai kesibukan bagimu." 
" 3. Dari sekian banyak pelajaran cukuplah kematian sebagai pelajaran bagimu." 

Imam Al-Bukhari berkata :
" Manusia tidur lena ketika hidup di dunia dan hanya tersedar (jaga) ketika berada di dalam kubur."  

Imam Al-Ghazali berkata: 
" 1. Menuntut ilmu adalah Taqwa " 
" 2. Menyampaikan ilmu adalah Ibadah." 
" 3. Mengulang-ngulang ilmu adalah Zikir." 
" 4. Mencari ilmu adalah Jihad." 

Dalam Kitab Sirah Dr Mustafa Sibaie 
Rasulullah Wafat meninggalkan 7 Pusaka warisan Baginda S.A.W :
1. Al-Quran 
2. Hadith 
3.Akhlak 
4.Solat Berjamaah 
5.Qiyamulail 
6.Puasa
7.Jihad   

Ulama berkata hak Al-Quran 5 Perkara : 
1. Al-Quran wajib kita imani
2. Membaca akan Al-Quran
3. Fahami apa yang kita baca
4. Beramal dengan Al-Quran
5. Menyampaikan Al-Quran kepada seluruh manusia




No comments:

Post a Comment