Thursday, September 26, 2019

Ruqyah Dengan Hikmah Al-Quran

Dalil Menggunakan Air Dalam Perubatan




Firman Allah S.W.T :


" Dan ( ingatlah peristiwa ) hamba Kami: Nabi Aiyub ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata : " sesungguhnya aku diganggu oleh syaitan dengan ( hasutannya semasa aku ditimpa ) kesusahan dan azab seksa ( penyakit )." 

Surah Saad Ayat 41 (T afsir Pimpinan Ar-Rahman M/s 1210 )


" (Maka Kami Kabulkan permohonannya serta Kami perintahkan kepadanya): " Hentakkanlah (bumi) dengan kakimu" , (setelah ia melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya): " Ini ialah air sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin)."

Surah Saad Ayat 42 (T afsir Pimpinan Ar-Rahman M/s 1210-1211 )


Dari Abi Said Al-Khudri R.A berkata:

" Sejumlah para sahabat Rasulullah S.A.W datang ke salah satu kampung orang dan mereka tidak diterima sebagai tetamu.Ketika mereka dalam keadaan demikian, pemimpin penduduk kampung itu disengat binatang . Orang kampung itu bertanya: " Adakah kamu dan di antara kamu sekelian mempunyai ubat atau yang pandai membaca jampi (ruqyah)." 

Para sahabat Rasulullah S.A.W menjawab :
" Kamu tidak menerima kami sebagai tetamu.Kami tidak akan mengubatinya sebelum kamu memberikan sesuatu kepada kami" 

Mereka lalu memberikan beberapa ekor kambing. Lalu salah seorang dari mereka (para sahabat Rasulullah S.A.W ) membaca Ummul Al-Quran (Surah Al-Fatihah) , setelah itu mengumpulkan air air ludahnya di mulutnya dan meludahi orang yang sakit itu. Orang itu lalu sembuh dengan izin Allah.

Para Sahabat Rasulullah S.A.W berkata :
" Kami bertanya terlebih dahulu kepada Rasulullah S.A.W baru kami boleh ambil hadiah kambing ini." 

Lalu mereka bertanya kepada Rasulullah.Maka Rasulullah S.A.W tertawa dan Baginda S.A.W bersabda :
" Siapa yang memberitahu  kepada kalian bahawa ayat itu ( Surah Al-Fatihah) Jampi (ruqyah).? Ambil lah kambing itu dan berikan kepada saya sebahagian." 

Hadith Riwayat Imam Al-Bukhari (1670) Jilid IV M/s 39

Tuesday, September 24, 2019

Rawatan Alternatif Dengan Hikmah Al-Quran


Related image

Kepada Tuan / Puan Yang Dikasihi Dan Dirahmati Allah S.W.T Sekalian..

Kami menawarkan khidmat rawatan alternatif perubatan Islam dengan  hikmah bacaan ruqyah dari ayat-ayat suci Al-Quran dan doa


Rasulullah S.A.W bersabda :

Image result for hadits nabi tinggalkan dua perkara

" Aku tinggalkan kepada kamu sekalian dua perkara yang kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi mana kamu berpegang teguh dengan kedua-duanya Yakni Kitab Allah ( Al-Quran ) dan Sunnah ku ( Hadith Nabi S.A.W )

Hadith Riwayat Imam Malik Dan Imam Al-Hakim

Nabi Ibrahim A.S berkata yang dirakam oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran : 

Image result for surah as syura ayat 80
" Dan apabila aku sakit, maka Dialah (Allah) yang menyembuhkan penyakitku."

Surah Asy- Syu'araa' Ayat 80 (Tafsir Pimpinan Ar-Rahman M/s 951)


Firman Allah S.W.T : 


Image result for surah yunus ayat 57


" Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman." 

Surah Yunus Ayat 57 (Tafsir Pimpinan Ar-Rahman M/s 486)

Daripada Jabir Ibnu Abdullah R.A beliau berkata Rasulullah S.A.W bersabda :

" Tiap-tiap penyakit itu ada penawarnya.Apabila menepati penawar terhadap penyakit tersebut, maka sembuhlah dengan izin Allah S.W.T ." 

Hadith Riwayat Imam Muslim dan Imam Ahmad 

Rasulullah S.A.W bersabda : 

" Berubatlah, sesungguhnya Allah Azza Wa Jalla tidak meletakkan ( kepada manusia ) sesuatu penyakit melainkan diturunkan untuknya (penyakit tersebut) penawar, kecuali satu penyakit ( tiada penawar baginya ) ."

Lalu para sahabat bertanya :
" Apakah dia (penyakit yang tiada penawar itu Ya Rasulullah"

Lalu Rasulullah S.A.W menjawab :
" Tua ( mati ) 

Hadith Riwayat Imam Ahmad  

Pengajaran Pertama : 

Secara umumnya hadith ini menjelaskan kepada kita bahawa setiap penyakit itu ada penawarnya.Maka seseorang yang sakit adalah dituntut berubat, berikhtiar dan berusaha. Seseorang yang sakit adalah dilarang hanya berserah kepada taqdir semata-mata tanpa usaha kerana sakit itu adalah merupakan satu ujian dari Allah S.W.T untuk menguji hambaNya

Firman Allah S.W.T :



" Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata : " Kami beriman" sedang mereka tidak diuji ( dengan sesuatu cubaan)." 

Surah Al-Ankabut Ayat 2 (Tafsir Pimpinan Ar-Rahman M/s 1031)


Ikhtiar dan usaha  itu adalah satu ibadah yang akan diberikan ganjaran  di sisi Allah S.W.T . Setiap ujian yang Allah berikan berdasarkan kemampuan hambaNya.  

Firman Allah S.W.T : 


" Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." 

Surah Al-Baqarah Ayat 286 (Tafsir Pimpinan Ar-Rahman M/s 115)

Pengajaran Kedua : 

Setiap usaha rawatan yang dilakukan tidak semestinya akan berjaya.Yang berjaya sembuh itu kerana serasi dan yang tidak berjaya itu kerana tidak serasi.Serasi adalah sesuatu rahsia yang berada di dalam pengetahuan Allah.S.W.T. Tidak ada satu pun makhluk samada manusia atau lainnya yang mengetahuinya.Mereka hanyalah berikhtiar dan berusaha semata-mata.

Seseorang yang mempunyai ilmu perubatan yang luas dan pengalaman dalam bidang perubatan pun, walaupun ia adalah doktor yang paling pakar tidaklah mengetahui tentang serasi.Oleh sebab itulah kita biasa melihat seorang perawat boleh berusaha menyembuhkan orang lain, tetapi ia tidak berupaya menyembuhkan dirinya sendiri bilamana penyakit tersebut menyerang dirinya.

Menjadi satu perkara biasa berlaku jika perawat mempunyai masalah kesihatannya yang tersendiri. Ia menanggung penyakit itu sendirian berpuluh-puluh tahun tanpa dapat menyembuhkannya walaupun ia telah mencuba segudang ubat penawar untuk menghalau dan menyembuhkan penyakit tersebut, tetapi penyakit tersebut tetap setia memberikan keyakinan kepadanya bahawa manusia itu, sekalipun dengan ilmunya yang melangit disanjungi orang, tetap lemah dan kerdil dengan ujian Allah terhadapnya.

Akhirnya perawat itu mati dengan sakit tersebut.Ini semuanya tanda-tanda yang menunjukkan kebesaran Allah S.W.T... 

Contohnya seorang Doktor pakar jantung gagal merawat Ayahnya yang diserang penyakit jantung. Kerana kita hanya mampu berikhtiar dan berusaha untuk merawat sahaja.Kesembuhan semua dengan izin Allah S.W.T...


Untuk Info rawatan yang ditawarkan di Sinar Faizin Healing Centre..Anda boleh klik ke link ini atau butang rawatan di atas
https://sinarfaizin.blogspot.com/p/rawatan.html